Thursday, November 4

PROMOSI NOVEMBER SHAKLEE 2021

Assalamualaikum korang .

Apa khabar semua. mesti korang dah tak sabar nak tau apa yang Shaklee sediakan untuk bulan ini. Jom kita tengok promo Shaklee untuk bulan November ini.

PROMOSI NOVEMBER SHAKLEE 2021

PROMO PERTAMA

Dengan setiap pembelian 1 botol VITAMIN C, 1 TONG ESP serta 1 KOTAK NUTRIFERON

Korang akan dapat FREE 1 KOTAK ESP SACHET(JIMAT RM79)




PROMO KEDUA

Dengan pembelian mana-mana produk shaklee bernilai RM100, korang juga layak untuk dapatkan FREE MEMBERSHIP(JIMAT RM35) serta korang juga secara automatik dapat FREE POSTAGE dari Shaklee.





Bila korang dah jadi member Shaklee boleh la shopping Shaklee dengan harga yang lagi murah. Sambil tu boleh jana income lagi dengan Shaklee 🥰

So jangan lepaskan peluang yang sangat berbaloi untuk melabur duit lebih dengan Shaklee November ni. Confirm korang tak akan menyesal. Apa tunggu lagi, Jom wasap Bibi laju-laju, Selagi stock masih ada dapat.

CANTIK DAPAT

SIHAT DAPAT

BENEFIT PUN DAPAT


Sebarang order atau pertanyaan korang boleh terus WhatsApp Bibi, hanya klik link di bawah.




Untuk dapatkan promo FREE MEMBERSHIP serta dapat benefit dalam Shaklee boleh klik link di bawah ;

DAFTAR AHLI




Continue Reading

Tuesday, September 21

PRODUK TERBARU SHAKLEE : HERO KIDDO

Hai assalamualaikum korang.

Finally Our New Hero Kiddo yang ditunggu tunggu dah tiba.Hero Kiddo Gummies Shaklee kids ini adalah gula-gula vitamin Super Immunity khas untuk anak-anak anda.





KEISTIMEWAAN SHAKLEE HERO KIDDO GUMMIES

1- Diformulasikan khas untuk anak berumur 4 tahun ke atas

2- Memberi sokongan sistem imun 

3- Dikuasakan dengan ekstrak vitamin C, vitamin D, zink & elderberry

4- Gummies berperisa ceri semulajadi yang lazat dalam bentuk beruang yang sejuk

5- Mesra gigi 

6- Bebas gula, bukan GMO, bebas gluten, bebas soya, vegan

7- Tiada perisa, pemanis, atau pengawet buatan

8- Sifar Sirap jagung. Dibuat dengan pektin.




4 SEBAB KENAPA MOMMIES MESTI BAGI ANAK-ANAK HERO KIDDO 

1. Membekalkan Nutrien Penyokong Kekebalan Kritikal 

Hero Kiddo diformulasi khas dengan gabungan nutrien yang berkuasa membekalkan anak-anak dengan nutrien yang penting.

2. Memperkasa Sistem Imun yang Sihat 

Melindungi anak-anak dari jangkitan dan serangan virus secara maksima dengan gabungan nutrien-nutrien penguat imunisasi.

3. Melindungi dengan Bahan Ramuan Gigi 

Ramuan manis secara semula jadi dengan eritritol dan xylitol, yang tidak menyebabkan kerosakan gigi.

4. Hampir lengkap & sempurna

Mengandungi vitamin C, D, Zink & Elderberry. Hampir semua nutrien penting untuk melindungi anak-anak ada dalam Hero Kiddo.



Mesti hero kiddo ni akan jadi kegemaran anak-anak kan,mana tak nya gummies kot,si comel mana yang boleh tolak.

Lagipun ada rasa ceri, sedap sangat-sangat dengan bentuk teddy bear yang sangat cute. So anak-anak yang tak suka ubat boleh ambik hero kiddo ni. Memang diorang akan excited nak makan.

Bukan kids sahaja boleh makan Gummies ni tapi dewasa pun boleh tau ,jangan sampai ada mommies yang berebut dengan anak pulak 😂




TESTIMONI HERO KIDDO SHAKLEE






Memandangkan kuantiti yang masuk ke pasaran adalah LIMITED sangat-sangat, dan jika korang nak kuatkan imun badan anak-anak dengan gummies yang sangat comel ni, jom la submit order dengan Bibi.


Sebarang order dan pertanyaan boleh lah klik link di bawah :


Untuk dapatkan harga ahli serta benefit dalam Shaklee :



Continue Reading

Thursday, September 2

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2021

Assalamualaikum korang.

Mesti ramai yang tertunggu tunggu promosi dari Shaklee kan !!!!

Masanya telah tiba ,jom Bibi share apa yang Shaklee sediakan untuk bulan ni.

PROMOSI SEPTEMBER!!!


Jom kita tengok apa yang ada dalam set ni .

Terdapat 2 kotak ESP dalam bentuk sachet,1 Botol VITALEA IRON PLUS dan 1 botol OMEGA GUARD.Yang paling menarik korang juga akan dapat MINI TOTE BAG yang cute sangat.



Cute takkkk..memang tak sabar nak dapatkan MINI TOTE BAG ni.Set promosi kali ini memang berbaloi sangat kerana setiap item membantu untuk menguatkan pertahanan tubuh badan kita.

Jom tengok manfaat yang terdapat dalam setiap item kali ni.

1.ESP

Badan kita akan guna protein yang ada dalam badan bagi memastikan organ badan berfungsi dan ada tenaga. 

Protein tu berfungsi untuk membina otot,sistem imun,rambut,kuku dan sel kulit.Akan tetapi, bila protein kurang ia akan menyebabkan ketahanan badan kita berkurang(low imunity). Dalam ESP tu juga ada amino acid lengkap untuk antibodi.

Sebab tu ESP ni diperlukan untuk melengkapkan protein dalam diet harian kita.


2. VITALEA IRON

Vitalea pula merupakan multivitamin yang lengkap untuk badan kita tau.

Dalam vitalea ni ada segala jenis vitamin yang kita perlukan,termasuk lah vitamin C,D,E.

Bukan semua dari kita konsisten makan mengikut piramid makan yang betul kan.Sebab tu imuniti badan kita jadi lemah. So kat sini lah vitalea memang sangat membantu.


3.OMEGA GUARD

Sejak kenal Shaklee,Bibi memang konsisten ambil omega guard ni.Sebab nya omega ni dapat membantut kan keradangan dan mencegah penyakit.

Ia juga membantu meningkatkan fungsi sel-B ,yang merupakan salah satu tentera pertahanan badan kita.

So kalau nak kuatkan sistem imuniti badan dan nak dapatkan mini tote bag shaklee,apa tunggu lagi.Boleh lah cepat cepat cari Bibi ya..😘

Sebarang order dan pertanyaan boleh lah klik link di bawah :


ORDER NOW


Untuk dapatkan harga ahli serta benefit dalam Shaklee :


DAFTAR AHLI



Continue Reading

Sunday, August 29

SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE

Assalamualaikum korang,

Haaa..jangan tak tau ya,Shaklee bukan je ada supplemen,tapi Shaklee juga ada menghasilkan shampoo tau.Mesti ramai yang tak tau kan..

Jom Bibi nak share serba sedikit tentang set Shampoo Shaklee yang terdiri dari Zinc plus dan Shampoo revitalizing plus conditioner.



Kulit kepala dan rambut juga memerlukan zat dan vitamin untuk kekal sihat dan rambut tidak gugur. Dengan penggunaan Set Rambut Gugur shaklee akan menguatkan akar-akar rambut dan menjadikan rambut kuat, hitam dan bersinar.



Revitalizing Shampoo – RM68.75

REVITALIZING SHAMPOO

Dapat mencuci dan menyegarkan rambut tanpa sebarang pewangi dengan menghasilkan bau yang natural,iaitu bau daripada green tea dan Sgt ia adalah tersangat refreshing.

Shampoo ni jugak tidak ada sebarang parabens dan sangat sesuai utk kulit yang sensitif, dan dilengkapi dengan 10 vitamin utk kuatkan akar rambut.So bagus kan..Apalagi jom la cuba..

Bila ada shampoo, mesti ada conditioner sekali..


Reflenishing Conditioner - RM68.75

REPLENISHING CONDITIONER

Ia merupakan perapi rambut dan pelembab yang menghasilkan kesan yang berkilat dan lembut pada rambut serta dapat menyelesaikan masalah hujung rambut yang bercabang dan memperelokkan masalah kerosakan pada permukaan rambut.

Ia juga boleh menguatkan rambut dengan protein dari alam semulajadi.

CADANGAN PENGGUNAAN SHAMPOO SHAKLEE


Macam mana zinc supplements ni boleh menolong dalam menyihatkan rambut kita.Jom tengok. 


Zinc Plus - RM56

ZINC PLUS

Bila kita kekurangan zinc salah satu masalah yang kita akan hadapi ialah masalah rambut gugur.

Zinc bermanfaat untuk rambut termasuk untuk pembinaan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak.Selain itu ia juga mengekalkan kelenjar yang merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut, seterusnya mengurangkan peluang rambut untuk gugur.


TESTIMONI SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE






Sebarang order dan pertanyaan boleh lah klik link di bawah :

ORDER NOW

Untuk dapatkan harga ahli serta benefit dalam Shaklee :

DAFTAR AHLI



Continue Reading

Wednesday, August 25

SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

Assalamualaikum korang. 

Pada entry kali ni,Bibi nak share tentang set untuk naikkan berat badan..Idea ni datang sebab pada 2 minggu lepas sepupu Bibi bertanyakan supplemen untuk naikkan berat badan untuk suaminya..hehe, Selalu yang kita dengar ramai orang nak kuruskan badan.

Tapi korang jangan tak tau ada juga yang terlalu kurus sampai mereka nak naikkan berat badan mereka.Kadang-kadang terlalu kurus juga boleh membawa mudarat pada diri kita.




Sebelum tu jom Bibi share tips untuk naikkan berat badan.

1. Makan lebih banyak kalori

Ambil makanan yang tinggi kalorinya. Kita perlu makan kira-kira 1,000 kalori tambahan setiap hari untuk mendapatkan kurang daripada setengah kilo seminggu.

Mesti nak kena makan sekurang-kurangnya lima kali sehari. Perlu diingat keperluan kalori kita sebenarnya boleh berbeza bergantung kepada ketinggian, berat badan, tahap aktiviti kita dan kadar metabolisme badan kita.


2. Buat pilihan bijak

Dalam pemilihan makanan pula,kita perlu pilih produk tenusu, ikan dan daging berbanding roti. Pilih telur berbanding sayur-sayuran. Makan makanan dengan kandungan protein yang tinggi seperti kacang, kekacang dan kacang, dan makanan yang mempunyai kandungan kanji yang tinggi seperti kentang, nasi dan ubi kayu.


3. Pilih makanan yang banyak protein

Tingkatkan pengambilan protein dalam makanan kita. Badan kita memerlukan banyak protein untuk membina otot baru. Namun oleh kerana kebanyakan kalori untuk naikkan berat badan datang daripada karbohidrat dan lemak, jangan menggantikannya dengan protein.


4. Kerap ambil snack

Makan banyak makanan ringan yg berkalori tinggi (bukan junk food) seperti cheese stick, milk shakes, muffin, buah-buahan kering, roti dan yogurt.


5. Minum air yang cukup

Minum banyak air yang membekalkan nutrien dan kalori seperti susu, jus buah-buahan segar dan minuman tenaga adalah contoh yang baik.


6. Banyakkan latihan dan senaman

Anda perlu bersenam dengan senaman yang banyak melibatkan otot untuk mendapatkan jisim otot.


7. Timbang berat badan

Tumpukan kepada latihan berat badan yang mensasarkan kumpulan otot besar anda. Sebagai contoh, gunakan dumbell.

Senaman jenis ini akan memberi fokus pada otot dan merangsang bilangan maksimum gentian otot contoh angkat dumbell, tekan tubi, sit up.


8. Konsisten

Ia mungkin mengambil masa yang lama, biasanya beberapa bulan, untuk benar-benar menunjukkan hasilnya. Sesetengah orang berasa kecewa dan berhenti apabila mereka tidak melihat keputusan drastik. 

Badan kita hanya akan bertindak balas kepada jadual yang konsisten. Senaman yang berkesan dan diet yang betul boleh membantu  menaikkan berat badan.


Jom capai berat ideal yang sihat dengan Set Tambah Berat Badan dari Shaklee yang terdiri daripada Mealshakes, Vitalea dan Bcomplex.


1.MEALSHAKES

Kaya dengan kandungan 19 vitamin dan mineral penting untuk membekalkan nutrisi harian. Juga kaya dengan kalsium, protin dan serat dengan rasa vanila yang sangat enak. Mealshakes boleh dijadikan hidangan tambahan ketika menikmati snek antara tempoh waktu makan.



2. VITALEA

Membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral untuk badan yang diperkayakan dengan zat besi untuk membantu kecergasan badan dan melengkapkan keperluan zat akibat nutrisi harian yang tidak seimbang.



3. BCOMPLEX

Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang penting. Kadar metabolisme badan dapat dikawal, bantu menukarkan makanan kepada tenaga dan mengelakkan stress.



TESTIMONI SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE.


Sekiranya kita mahukan cara naikkan berat badan yang natural, selamat dan benar-benar bermanfaat untuk seisi keluarga, maka vitamin Shaklee adalah pilihan yang paling tepat.

Untuk Pertanyaan dan Order 👇

Untuk dapatkan harga ahli serta benefit dalam Shaklee 👇
DAFTAR AHLI


Continue Reading

Sunday, August 15

Herbal Blend Shaklee

Assalamualaikum korang.

Hari ni Bibi nak buat entry tentang Herbal Blend dari Shaklee.Kalau korang nak tahu, krim ni adalah krim kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Bibi sendiri dah gunakan herbal blend ni selama 4 tahun sejak dari anak Bibi iaitu aaisyah ada masalah kulit.Alhamdulillah dengan penggunaan herbal blend ni kulit aaisyah dah bersih, cantik dan tak ada ruam ruam merah ,gatal gatal lagi.


Paling penting Herbal Blend adalah krim ni tak berminyak dan tak melekit tau. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana krim ni dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah pecah pada lutut,siku serta tumit kaki .

Bayi memang sangat disyorkan untuk guna herbal blend ni, ia dapat mengatasi masalah ekzema, gigitan nyamuk, ruam-ruam dan macam macam lagi.

Bukan bayi kita je yang boleh gunakan herbal blend ni, malah ia juga boleh digunakan oleh semua ahli keluarga sebab krim ni tak ada sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan. Free paraben gitu.. Hehe...


ANTARA MANFAAT HERBAL BLEND ;

1. Ruam
2. Luka kecil 
3. Calar
4. Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun)
5. Eczema
6. Masalah kulit gatal 
7. Menghilangkan parut 
8. Melembutkan kulit yang kasar 
9. Elokkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki
10. Baik untuk demam campak bagi menghilangkan kesan atau tanda demam campak
11. Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox


HERBAL BLEND DIPERBUAT DARIPADA :

Sage Leaf : Merawat masalah dan jangkitan kulit, gigitan serangga

Horse Chesnut Seed : Merawat alergi pada kulit, ekzema

Yarrow : Menyembuhkan luka, selsema dan demam

Rosemary Leaf : Musuh bagi serangga, nyamuk, lalat, ulat dan kumbang


JOM TENGOK TESTIMONI DI BAWAH YANG SEMEMANGNYA SELAMAT PADA KULIT BAYI.






Sebarang order dan pertanyaan boleh lah klik link di bawah :


Untuk dapatkan harga ahli serta benefit dalam Shaklee :


Continue Reading

Monday, August 9

PERGINYA SITI SARAH RAISSUDIN

Allahuakbar..Maha Suci Allah..
Bangun pagi ni dikejutkan dengan berita kematian penyanyi Siti Sarah Raisudin .Memang saya ternanti nanti berita tentang perkembangan kesihatan beliau. Sesungguhnya hidup dan mati berada di tangan Tuhan, tidak ada yang dapat lari dari kematian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Kematian adalah sesuatu yang dekat dengan kita, sangat dekat. Kematian tidak melihat pada usia, wajah, masa, dan sebagainya. Tidak ada yang dapat meramalkan bila kematian akan menimpa semua orang.

Marilah kita sama sama sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Siti Sarah Raisudin serta ahli keluarga kita ,saudara mara kita, orang orang yang rapat dengan kita yang telah pergi meninggalkan kita.

Sabda Nabi SAW, salah satunya adalah Nabi bersabda: 

"Pastikan kamu mengingati pemusnah kesenangan (yaitu kematian)".

Dalam hadis lain nabi berkata,
Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
1-Masa muda anda sebelum usia tua anda, 
2-Kesihatan anda sebelum masa sakit anda, 
3-Masa kaya anda sebelum kemiskinan anda, 
4-Masa lapang anda sebelum datanglah masa sibuk anda,
5-Kehidupan anda sebelum kematian anda.

Yang dapat kita lakukan ialah mempersiapkan diri dengan amalan yang dapat menolong kita kelak ketika kita tidak lagi berada di dunia.Jadikan ini  peringatan agar kita selalu mengingati kematian setiap hari, bahkan setiap nafas. Tugas kita di dunia ini hanya untuk menunggu masa ketika kita akan dipanggil untuk menghadap pencipta, pemilik bumi dan langit. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T.

Bibi Yushanis
9 OGOS 2021
Continue Reading