Saturday, December 18

Aktiviti Semasa Balik Kampung

Assalamualaikum kepada para pembaca. Hari ni saya nak ceritakan tentang aktiviti saya kat kampung. Hampir 7 bulan kami tak balik Kelantan. Kali terakhir saya balik kampung semasa kematian ayah mertua saya tu pun masa sedang PKP, so terpaksa sebelum balik tu buat surat polis dulu

Saya apply cuti seminggu juga la untuk lepaskan rindu dengan orang tua kat kampung. Bila kita berkerja dengan orang memang tak boleh cuti lama-lama . 

Alhamdulillah. Johor Bahru ke Kelantan memang perjalanan yang jauh makan masa dalam 10 jam juga. Selamat sampai ke destinasi. 


Saya bertolak pukul 2.30 petang dan sampai kampung dengan selamat nya pada pukul 1 pagi. Kebetulan juga masa tu kakak saya dari penang pun balik bercuti. Jadi terlebih meriah la waktu tu. 

Keesokkan hari kami berjalan-jalan ke pantai PCB. Dah lama benar saya tak datang ke sini, memang banyak perubahan yang berlaku kat sini. Tambahan pula dengan suasana normal baru nya. 

Kami sempat menikmati keenakan makanan kat sini. Total semua sekali masa tu termasuk 6 cup coconut shake melimpah ruah RM 75. 

Lepas tu kami berjalan lagi ke pasar Siti Khadijah. Saja tengok-tengok nak cuci mata dan cuci poket 💸. Beli apa yang patut untuk bawak balik Johor nanti.

Yang famous memang keropok ikan, dodol, budu, banyak lagi yang popular kat Kelantan ni. Bila balik kampung sememang nya saya akan jadikan sebagai buah tangan untuk kawan-kawan kat JB.

Selepas jalan-jalan semestinya perut akan lapar, so sekali lagi kami cari makan. Kali ni kami makan nasi sup, mee celup dan nasi air asam. Kalau kat JB susah nak jumpa yang sedap. 

Dah seharian kami berjalan, dah sampai masa untuk balik. Balik kampung kali ni memang amat menyeronokkan bila adik beradik satu family dapat berkumpul. InshaAllah raya puasa kita jumpa lagi. 

Saya stop kat dulu. Lain kali kita sambung lagi. Salam sayang dari saya ❤️

Bibi Yushanis 
18 Disember 2021 | Sabtu 
Continue Reading

10 Manfaat Vitamin E Complex Shaklee


Assalamualaikum semua. 

Akhirnya.. Setelah 2 tahun menghilang kini Vitamin E Shaklee dah kembali semula !!

Vitamin E dari Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta)

Jom kenal dengan lebih dekat tentang Vitamin E ni.


VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE

  • Vit E Complex dikenali sebagai vitamin larut lemak
  • Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas dalam badan
  • Vitamin E merupakan vitamin yang sangat penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi
  • Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.


Keistimewaan Vita-E Complex :-

  • 400IU vitamin E sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.
  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi yang optimum.
  • Mengandungi 39.4mg ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai antioksidan yang bagus. 
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.



10 Manfaat Vitamin E Shaklee :-

  • Membantu mengurangkan kesan inflammation
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit parkinson
  • Membantu luka cepat sembuh
  • Membantu mengurangkan risiko kulit "sunburn"
  • Membantu meningkatkan fungsi kesihatan mata
  • Membantu merawat luka kecil di dalam tulang dan otak bayi pramatang
  • Membantu ningkatkan fungsi buah pinggang
  • Membantu meningkatkan fungsi sistem saraf
  • Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit  
  • Membantu kanak-kanak yang ada masalah beta-thalassemia dan vitamin e deficiency.

Testimoni Pengguna Vitamin E


Kulit menjadi semakin glowing



Tiada lagi eye bag




Kulit menjadi lembut flawless




Menghilangkan kesan chicken pox




Kulit tidak lagi berminyak


Untuk korang yang nak order atau ajukan sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee korang boleh terus WhatsApp Bibi, hanya klik link di bawah.



Untuk dapatkan promo FREE MEMBERSHIP serta dapat benefit dalam Shaklee boleh klik link di bawah ;

DAFTAR AHLI






Continue Reading