Tuesday, September 15

Akan Sampai Masanya

Ada satu perkara yang harus kita faham  tidak semua orang yang hadir dalam hidup kita akan kekal bersama kita selamanya.

Akan sampai masanya, setiap orang dalam kehidupan kita akan pergi.

Ada yang pergi perlahan-lahan, tanpa kita sedari. Ada yang pergi selepas meninggalkan terlalu banyak kenangan. Ada juga yang kita sangka akan sentiasa ada, tetapi akhirnya menjadi seseorang yang hanya mampu kita kenang dari jauh.

Dulu mungkin kita tertanya-tanya, mengapa seseorang itu perlu pergi? Mengapa hubungan yang begitu baik akhirnya berubah? Mengapa orang yang pernah begitu dekat akhirnya menjadi asing?

Namun mungkin, tidak semua perpisahan perlu kita fahami.

Ada orang hadir untuk menemani satu fasa dalam hidup kita. Ada yang hadir untuk mengajar kita tentang kasih sayang, kehilangan, kesabaran dan erti melepaskan. Dan apabila tiba waktunya, kita hanya perlu menerima bahawa cerita itu sudah sampai ke penghujungnya.

Bukan semua yang pergi bermaksud kita kehilangan. Kadang-kadang, mereka meninggalkan kita dengan kenangan yang akan kita bawa sepanjang hidup.

Jadi, hargailah mereka yang masih ada. Sayangilah selagi masih diberi kesempatan. Kerana kita tidak pernah tahu bila sebuah pertemuan akan menjadi kenangan terakhir.

Dan apabila suatu hari nanti seseorang itu pergi, semoga kita mampu berkata dalam hati:

“Terima kasih kerana pernah hadir. Semoga di mana pun kamu berada, kamu baik-baik saja.”


Continue Reading

Sunday, April 20

Aturan Allah Adalah Yang Terbaik

Kadang-kadang kita berharap dapat memutar masa, untuk perbaiki semua kesilapan dan hapuskan semua luka. Tapi sebenarnya, masa lalu itu bukan untuk diputar, ia untuk dipelajari.

Kalau boleh undur masa, memang kita nak betulkan semua. Tapi Allah dah atur supaya masa tak berpatah balik, sebab Dia nak kita belajar, bukan menyesal selamanya.

Semua orang ada salah, cuma bezanya, ada yang ulang, ada yang belajar. Kita ni dah mula belajar. Itu tandanya Allah sayang, Dia bagi kesedaran. 

Andai dulu kita penuh dengan salah, hari ini masih ada ruang untuk kita bertaubat. Andai dulu kita penuh dengan dosa, hari ini masih ada peluang untuk kita jadi insan lebih baik.

Allah tak nilai kita pada siapa kita dahulu, tapi siapa kita hari ini, dan siapa kita berusaha jadi esok. 🌸

Continue Reading

Sunday, March 23

Tenang Tapi Dalam

Ada benda saya bagi, tak pernah saya sebut. Ada perkara saya bantu, tak pernah saya cerita. Tapi bila orang lain beri sikit, dia ulang banyak kali. Bila saya diam, orang lupa. Bila saya mengalah, orang tak nampak.

Saya tak hebat macam orang yang reti tunjukkan ‘budi’. Tapi saya tahu menunaikan tanggungjawab walau dalam kecewa. Tak mengapa, saya tetap akan buat… walau orang lebih nampak siapa yang tunjuk, bukan siapa yang berkorban dalam diam.

Saya tak nak dipuji. Tapi janganlah buat macam saya tak pernah wujud.Setiap dari kita bukan nak dihargai dengan pujian, tapi cuma nak rasa dianggap… dihormati… dan difahami.

Bila kita terasa, kita pula yang dipanggil “terlalu sensitif”. Bagi saya sekarang ni, nak berkorban boleh, tapi biar berpada. Bukan semua orang akan menghargai.

Continue Reading

Sunday, February 16

Kasih Seorang Ayah

Kebanyakkan ayah dia tak banyak cakap, tapi pengorbanannya senyap-senyap membesarkan anak-anak


Ayah kita tak pernah minta balasan, walau satu sen dari kita. Dia sanggup korbankan tenaga, masa dan impian sendiri demi melihat anak-anak membesar dengan cukup makan, cukup pakaian, dan cukup kasih sayang. Kadang, dia balik dengan baju basah peluh, senyum di bibir, walaupun hati dan badan penat. Dia tak pernah mengadu lapar, walau dia sendiri berlapar. Dia tak pernah berkira untuk kita, walau kadang kita berkira untuk dia.


Sekarang kita pun sudah bergelar ibu atau bapa. Patutnya kita lebih faham, betapa penatnya mencari rezeki, betapa beratnya memikul tanggungjawab. Dan itulah yang ayah kita tanggung dulu, tanpa rungut, tanpa minta dipuji.


Ingatlah… bapa itu bukan selamanya ada. Sampai satu masa, tempat kita bermanja akan pergi, suara yang selalu tanya “dah makan?” akan hilang. Selagi dia masih bernafas, peluklah dia, gembirakan dia, dan balaslah walau sedikit daripada besarnya pengorbanan yang tak ternilai itu.

Continue Reading

Monday, August 9

PERGINYA SITI SARAH RAISSUDIN

Allahuakbar..Maha Suci Allah..
Bangun pagi ni dikejutkan dengan berita kematian penyanyi Siti Sarah Raisudin .Memang saya ternanti nanti berita tentang perkembangan kesihatan beliau. Sesungguhnya hidup dan mati berada di tangan Tuhan, tidak ada yang dapat lari dari kematian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Kematian adalah sesuatu yang dekat dengan kita, sangat dekat. Kematian tidak melihat pada usia, wajah, masa, dan sebagainya. Tidak ada yang dapat meramalkan bila kematian akan menimpa semua orang.

Marilah kita sama sama sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Siti Sarah Raisudin serta ahli keluarga kita ,saudara mara kita, orang orang yang rapat dengan kita yang telah pergi meninggalkan kita.

Sabda Nabi SAW, salah satunya adalah Nabi bersabda: 

"Pastikan kamu mengingati pemusnah kesenangan (yaitu kematian)".

Dalam hadis lain nabi berkata,
Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
1-Masa muda anda sebelum usia tua anda, 
2-Kesihatan anda sebelum masa sakit anda, 
3-Masa kaya anda sebelum kemiskinan anda, 
4-Masa lapang anda sebelum datanglah masa sibuk anda,
5-Kehidupan anda sebelum kematian anda.

Yang dapat kita lakukan ialah mempersiapkan diri dengan amalan yang dapat menolong kita kelak ketika kita tidak lagi berada di dunia.Jadikan ini  peringatan agar kita selalu mengingati kematian setiap hari, bahkan setiap nafas. Tugas kita di dunia ini hanya untuk menunggu masa ketika kita akan dipanggil untuk menghadap pencipta, pemilik bumi dan langit. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T.

Bibi Yushanis
9 OGOS 2021
Continue Reading

Friday, June 11

Lifestyle

Assalamualaikum semua.
Entry kali ni Bibi nak share aktiviti Bibi pada hari minggu. Seminggu sekali Bibi akan bagi masa selama 2 jam untuk buat apa² exercise.

Oleh sebab PKP terpaksa la bersama suami je. Selalu nya anak² pun akan ikut sekali. Biasanya masa banyak habis kan kat ofis. Balik keje pun dah petang. Aktiviti luar macam tak sempat nak buat. Dengan nak masak nya lagi. 

Aktiviti macam ni bukan saja dapat jaga kesihatan kita. Tapi dapat isi masa dengan keluarga juga. Tak cukup dengan amalkan supplemen je. Senaman ringan pun mesti nak kena buat juga. Paling kurang seminggu sekali. Bagi yang nak dapatkan berat badan yang ideal memang tak boleh malas tau. Supplemen + exercise. 

Mestiiii 

So untuk korang yang nak sihat boleh lah start buat exersice. Bukan untuk kurus je.Tapi penting untuk kesihatan kita. Jangan terlalu obses nak kurus . Niat kan exersice ni untuk kesihatan. Jangan lupa minum air yang cukup. 

Untuk korang yang nak supplemen shaklee atau nak tau tentang produk shaklee boleh la wasap Bibi. Bibi akan sedia membantu semampunya. 

Whatsapp👇

Continue Reading

Friday, May 21

Meal Shakes

Apa kebaikan Meal Shakes Shaklee?



Nutrisi lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lechitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh
Kaya dengan protien (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
Membantu tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
Detoksifikasi
Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
Antioksida
Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
Mengembalikan seri wajah
Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih sihat dan cantik.
Rasa yang sedap
Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi. Pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.



Untuk pertanyaan serta order bolehlah klik link wasap saya ya.

Untuk korang yang nk tambah income jom join saya, RM 35 je.. tak mahal pn.. boleh la klik link di bawah, lepas tu wasap saya, Nanti saya akan guide.. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1566362

www.wasap.my/0187640571



Continue Reading