Assalamualaikum korang.
Semoga semuanya baik-baik saja ya.Hari demi hari angka terkini kes Covid semakin meningkat naik. Diam tak diam dah dekat 2 tahun kita hidup dalam suasana PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) Kita dengan Mask dah tak dapat dipisahkan. Nak balik kampung jumpa keluarga pun tak boleh. Masing-masing ambil jalan bervideo call, bercakap dalam telefon,tu saja yang dibenarkan buat masa sekarang. Jika ada emergency pun bukan senang nak dapat pelepasan untuk balik ke kampung. Macam-macam surat yang kena submit kat balai polis.
Ibarat hidup dalam KURUNGAN. Nak bawa anak-anak keluar jalan-jalan pun dah tak boleh. Pergi kerja pun ada yang terpaksa curi-curi. Pendek kata hidup dalam tekanan. Ada yang masih boleh keluar bekerja syukur alhamdulillah. Tapi yang dah tak ada kerja lagi macam mana pulak? Nak bayar kereta ,nak bayar rumah lagi, macam-macam bil nak kena settle kan.
ALLAHUAKBAR, mesti rasa down sangat.Tak semua orang faham dan mampu untuk bersimpati dengan masalah kita. Bagi pelajar sekolah pula mesti stress untuk berhadapan dengan pembelajaran dari rumah. Ibu bapa yang bekerja lagi la tertekan, balik dari kerja kena pulak mengadap group sekolah anak-anak.
Jika anak ada 5 orang, matapelajaran ada 8 subjek, group sekolah ada 8 juga mengikut subjek yang ada. Cuba kira dah berapa group anak-anak dan ibu bapa kena hadap. Kalau setiap ibu bapa mampu sediakan hp sorang satu untuk setiap anak ok la juga. Jadi dah tak perlu berebut untuk guna. Tapi untuk yang tak mampu macam mana??
Untuk golongan atasan mungkin perkara biasa saja. Makan tak perlu bercatu. Orang biasa yang kerja biasa-biasa ni terpaksa ikat perut. Sampai dah viral isu BENDERA PUTIH .Memang ramai sangat yang terkesan dengan pandemik kali ni. Peniaga kecil kecilan terpaksa menutup perniagaan mereka. Itu pun ada yang terpaksa curi-curi berniaga. Dan ada yang dah kena denda. Bagi golongan yang berkemampuan ,nak balik kampung or nak pergi mana-mana tak perlu takut kena denda ke apa. Setakat nak bayar denda tu tak ada masalah bagi mereka. Setakat RM50K apalah sangat pada mereka yang berada dalam kategori golongan atasan.
Selagi Covid-19 ni belum berakhir, selagi itulah kita semua hidup dalam tekanan. Oleh itu mari la kita sama-sama panjatkan DOA semoga urusan kita semua dipermudahkan ALLAH. Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang mengetahui segala sesuatu yang berlaku.
Semoga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang. Saya mohon maaf sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan saya kali ni.
Salam sayang dari saya.
Bibi Yushanis ❤️