Tuesday, September 15

Akan Sampai Masanya

​Ada satu perkara yang harus kita faham  tidak semua orang yang hadir dalam hidup kita akan kekal bersama kita selamanya.

Akan sampai masanya, setiap orang dalam kehidupan kita akan pergi.

Ada yang pergi perlahan-lahan, tanpa kita sedari. Ada yang pergi selepas meninggalkan terlalu banyak kenangan. Ada juga yang kita sangka akan sentiasa ada, tetapi akhirnya menjadi seseorang yang hanya mampu kita kenang dari jauh.

Dulu mungkin kita tertanya-tanya, mengapa seseorang itu perlu pergi? Mengapa hubungan yang begitu baik akhirnya berubah? Mengapa orang yang pernah begitu dekat akhirnya menjadi asing?

Namun mungkin, tidak semua perpisahan perlu kita fahami.

Ada orang hadir untuk menemani satu fasa dalam hidup kita. Ada yang hadir untuk mengajar kita tentang kasih sayang, kehilangan, kesabaran dan erti melepaskan. Dan apabila tiba waktunya, kita hanya perlu menerima bahawa cerita itu sudah sampai ke penghujungnya.

Bukan semua yang pergi bermaksud kita kehilangan. Kadang-kadang, mereka meninggalkan kita dengan kenangan yang akan kita bawa sepanjang hidup.

Jadi, hargailah mereka yang masih ada. Sayangilah selagi masih diberi kesempatan. Kerana kita tidak pernah tahu bila sebuah pertemuan akan menjadi kenangan terakhir.

Dan apabila suatu hari nanti seseorang itu pergi, semoga kita mampu berkata dalam hati:

“Terima kasih kerana pernah hadir. Semoga di mana pun kamu berada, kamu baik-baik saja.”


Continue Reading

Sunday, April 20

Aturan Allah Adalah Yang Terbaik

Kadang-kadang kita berharap dapat memutar masa, untuk perbaiki semua kesilapan dan hapuskan semua luka. Tapi sebenarnya, masa lalu itu bukan untuk diputar, ia untuk dipelajari.

Kalau boleh undur masa, memang kita nak betulkan semua. Tapi Allah dah atur supaya masa tak berpatah balik, sebab Dia nak kita belajar, bukan menyesal selamanya.

Semua orang ada salah, cuma bezanya, ada yang ulang, ada yang belajar. Kita ni dah mula belajar. Itu tandanya Allah sayang, Dia bagi kesedaran. 

Andai dulu kita penuh dengan salah, hari ini masih ada ruang untuk kita bertaubat. Andai dulu kita penuh dengan dosa, hari ini masih ada peluang untuk kita jadi insan lebih baik.

Allah tak nilai kita pada siapa kita dahulu, tapi siapa kita hari ini, dan siapa kita berusaha jadi esok. 🌸

Continue Reading

Sunday, March 23

Tenang Tapi Dalam

Ada benda saya bagi, tak pernah saya sebut. Ada perkara saya bantu, tak pernah saya cerita. Tapi bila orang lain beri sikit, dia ulang banyak kali. Bila saya diam, orang lupa. Bila saya mengalah, orang tak nampak.

Saya tak hebat macam orang yang reti tunjukkan ‘budi’. Tapi saya tahu menunaikan tanggungjawab walau dalam kecewa. Tak mengapa, saya tetap akan buat… walau orang lebih nampak siapa yang tunjuk, bukan siapa yang berkorban dalam diam.

Saya tak nak dipuji. Tapi janganlah buat macam saya tak pernah wujud.Setiap dari kita bukan nak dihargai dengan pujian, tapi cuma nak rasa dianggap… dihormati… dan difahami.

Bila kita terasa, kita pula yang dipanggil “terlalu sensitif”. Bagi saya sekarang ni, nak berkorban boleh, tapi biar berpada. Bukan semua orang akan menghargai.

Continue Reading

Sunday, February 16

Kasih Seorang Ayah

Kebanyakkan ayah dia tak banyak cakap, tapi pengorbanannya senyap-senyap membesarkan anak-anak


Ayah kita tak pernah minta balasan, walau satu sen dari kita. Dia sanggup korbankan tenaga, masa dan impian sendiri demi melihat anak-anak membesar dengan cukup makan, cukup pakaian, dan cukup kasih sayang. Kadang, dia balik dengan baju basah peluh, senyum di bibir, walaupun hati dan badan penat. Dia tak pernah mengadu lapar, walau dia sendiri berlapar. Dia tak pernah berkira untuk kita, walau kadang kita berkira untuk dia.


Sekarang kita pun sudah bergelar ibu atau bapa. Patutnya kita lebih faham, betapa penatnya mencari rezeki, betapa beratnya memikul tanggungjawab. Dan itulah yang ayah kita tanggung dulu, tanpa rungut, tanpa minta dipuji.


Ingatlah… bapa itu bukan selamanya ada. Sampai satu masa, tempat kita bermanja akan pergi, suara yang selalu tanya “dah makan?” akan hilang. Selagi dia masih bernafas, peluklah dia, gembirakan dia, dan balaslah walau sedikit daripada besarnya pengorbanan yang tak ternilai itu.

Continue Reading

Monday, August 9

PERGINYA SITI SARAH RAISSUDIN

Allahuakbar..Maha Suci Allah..
Bangun pagi ni dikejutkan dengan berita kematian penyanyi Siti Sarah Raisudin .Memang saya ternanti nanti berita tentang perkembangan kesihatan beliau. Sesungguhnya hidup dan mati berada di tangan Tuhan, tidak ada yang dapat lari dari kematian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Kematian adalah sesuatu yang dekat dengan kita, sangat dekat. Kematian tidak melihat pada usia, wajah, masa, dan sebagainya. Tidak ada yang dapat meramalkan bila kematian akan menimpa semua orang.

Marilah kita sama sama sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Siti Sarah Raisudin serta ahli keluarga kita ,saudara mara kita, orang orang yang rapat dengan kita yang telah pergi meninggalkan kita.

Sabda Nabi SAW, salah satunya adalah Nabi bersabda: 

"Pastikan kamu mengingati pemusnah kesenangan (yaitu kematian)".

Dalam hadis lain nabi berkata,
Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
1-Masa muda anda sebelum usia tua anda, 
2-Kesihatan anda sebelum masa sakit anda, 
3-Masa kaya anda sebelum kemiskinan anda, 
4-Masa lapang anda sebelum datanglah masa sibuk anda,
5-Kehidupan anda sebelum kematian anda.

Yang dapat kita lakukan ialah mempersiapkan diri dengan amalan yang dapat menolong kita kelak ketika kita tidak lagi berada di dunia.Jadikan ini  peringatan agar kita selalu mengingati kematian setiap hari, bahkan setiap nafas. Tugas kita di dunia ini hanya untuk menunggu masa ketika kita akan dipanggil untuk menghadap pencipta, pemilik bumi dan langit. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T.

Bibi Yushanis
9 OGOS 2021
Continue Reading

Friday, June 11

Lifestyle

Assalamualaikum semua.
Entry kali ni Bibi nak share aktiviti Bibi pada hari minggu. Seminggu sekali Bibi akan bagi masa selama 2 jam untuk buat apa² exercise.

Oleh sebab PKP terpaksa la bersama suami je. Selalu nya anak² pun akan ikut sekali. Biasanya masa banyak habis kan kat ofis. Balik keje pun dah petang. Aktiviti luar macam tak sempat nak buat. Dengan nak masak nya lagi. 

Aktiviti macam ni bukan saja dapat jaga kesihatan kita. Tapi dapat isi masa dengan keluarga juga. Tak cukup dengan amalkan supplemen je. Senaman ringan pun mesti nak kena buat juga. Paling kurang seminggu sekali. Bagi yang nak dapatkan berat badan yang ideal memang tak boleh malas tau. Supplemen + exercise. 

Mestiiii 

So untuk korang yang nak sihat boleh lah start buat exersice. Bukan untuk kurus je.Tapi penting untuk kesihatan kita. Jangan terlalu obses nak kurus . Niat kan exersice ni untuk kesihatan. Jangan lupa minum air yang cukup. 

Untuk korang yang nak supplemen shaklee atau nak tau tentang produk shaklee boleh la wasap Bibi. Bibi akan sedia membantu semampunya. 

Whatsapp👇

Continue Reading

Friday, May 21

Meal Shakes

Apa kebaikan Meal Shakes Shaklee?



Nutrisi lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lechitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh
Kaya dengan protien (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
Membantu tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
Detoksifikasi
Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
Antioksida
Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
Mengembalikan seri wajah
Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih sihat dan cantik.
Rasa yang sedap
Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi. Pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.



Untuk pertanyaan serta order bolehlah klik link wasap saya ya.

Untuk korang yang nk tambah income jom join saya, RM 35 je.. tak mahal pn.. boleh la klik link di bawah, lepas tu wasap saya, Nanti saya akan guide.. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1566362

www.wasap.my/0187640571



Continue Reading

Saturday, April 17

Ramadhan 2021

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat korang semua. Mari kita sama-sama doakan semoga ramadan kali ni akan lebih buatkan kita semangat untuk beribadat.

Amalkan tabiat jgn suka membazir. selalu kita dgr bila time nak berbuka puasa penuh hidangan atas meja,apa tak nya,bila tgk je makanan semua kita nak,tapi makan nya sedikit je.Tak dapat habiskan,lepas tu buang, kan membazir namanya.





 Semoga tahun ni kita semua dapat beraya dengan keluarga tercinta. Seandainya Covid-19 ni dah reda,sebab tula kita mesti nak kena jaga kesihatan ,bersenam selalu dan jangan lupa ambil supplemen untuk kesihatan.



untuk korang yang nak tanya tentang supplemen Shaklee atau nak try boleh la wasap sis ya

Bagi sesiapa yang nak tambah income jom join sis, yuran pendaftaran sebanyak RM 35 je.. tak mahal pn.. boleh la klik link di bawah, lepas tu wasap sis. Nanti sis akan guide.. 


jumpa lagi,salam sayang buat semua.



 

Continue Reading

Tuesday, April 13

OSTEMATRIX

SIAPA YANG PERLUKAN OSTEMATRIX DAN APA MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE


Perbezaan Kalsium yang ada di pasaran dengan Shaklee

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Yang uniknya, ia diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforusdan vitamin , zink, kuprum, manganes dan boron.

Nutrien nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral

Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan  tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Apakah manfaat OSTEMATRIX kepada kita?


◇Menguatkan tulang - Menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia ( ricket dewasa ), eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat

◇ Memperbaiki kekejangan dan kebas kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

◇ Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf - malah menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam

◇ Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000gm kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil

◇   Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

◇ Vitamin D - Didapati mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak kanak perlu mengambil vitamin D.


Siapa yang perlukan ostematrix?




1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.

2. Mereka yang mempunyai masalah alergi pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu.

3. Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.

4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.

6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

7. Mereka yang mempunyai masalah pecah-pecah di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.

8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.

9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

10.Mereka yang mengalami masalah sembelit. 


Kalau korang berminat nak try Ostematrix ni bolehlah wasap saya ya..

www.wasap.my/0187640571


Untuk korang yang nk berminat nak tambah income jom join sis, RM 35 je. tak mahal pn.boleh la klik link di bawah, lepas tu wasap sis. Nanti sis akan guide.. 


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1566362


Continue Reading

Saturday, April 3

Tips Berpuasa

   TIPS BERPUASA

Assalamualaikum semua, 

Hari ni saya share dengan korang semua tip untuk berpuasa, jom kita baca ..

6 Cara Menangani Ketidakselesaan Semasa Berpuasa

Semasa berpuasa, terdapat kemungkinan kita mengalami ketidakselesaan. Berikut adalah 6 cara untuk menanganinya supaya anda boleh terus bertenaga sepanjang hari!

1. Tidur yang Mencukupi

Tidur yang tidak mencukupi, kandungan nutrien pemakanan dan kehilangan elektrolit boleh menurunkan tahap tenaga. Semasa berpuasa pastikan:

  • Dapat rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti supaya bangun dengan rasa segar.
  • Pastikan badan anda terhidrat dengan Performance®.
  • Rancang makanan anda dan sertakan makanan yang memberi tenaga berpanjangan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder.
  • Masukkan Coenzyme Q10 ke dalam diet anda untuk meningkatkan tenaga.

 

2. Cecair dalam Badan yang Mencukupi

Badan kita secara semulajadi kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan kencing. Kehilangan yang berlebihan menyebabkan dehidrasi yang mana boleh menjadi lebih serius lagi dengan pendedahan kepada haba, tidak mendapat cecair yang mencukupi sebelum mula berpuasa dan aktiviti fizikal. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala. Elakkan dehidrasi dengan:

  • Kekal sejuk.
  • Elakkan pendedahan kepada haba yang berlebihan.
  • Ambil Performance® penghilang dahaga ideal yang menghidratkan, membekalkan gabungan propietari elektrolit OPTI-LYTE™ dan campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.

 

3. Mengekalkan Berat Badan

Kita mungkin mengalami kenaikan berat badan yang tidak diingini kerana terdapat kecenderungan untuk terlebih makan atau terlalu banyak menikmati makanan yang tinggi dengan lemak. Ini menghapuskan manfaat sebenar berpuasa. Kekalkan berat badan optimum dengan:

  • Makan secara sederhana.
  • Mengamalkan tabiat makan yang sihat melalui kawalan diri dan disiplin.
  • Menutup jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang memberikan 19 vitamin dan mineral penting.
  • Urus berat badan anda dengan Cinch® Shake Mix, kaya dengan protein, serat dan kalsium, memberikan manfaat makanan dengan rasa seperti pencuci mulut.

 

4. Pencernaan yang Lawas

Ketidakselesaan biasa dihadapi semasa berpuasa adalah sembelit yang boleh berlaku akibat pengambilan cecair dan serat yang rendah. Adalah penting untuk:

  • Minum air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
  • Kekalkan diet kaya serat dengan pengambilan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Atur pergerakan usus dengan campuran propietari yang dipertingkatkan yang mengandungi daun senna, dimana secara tradisinya digunakan sebagai julap semulajadi.

 

5. Tiada Masalah Pedih Ulu Hati

Puasa secara amnya mengurangkan jumlah asid perut. Walau bagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku melalui pemikiran atau aroma makanan yang secara semulajadi memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Kawal pedih ulu hati dengan:

  • Makan secara sederhana.
  • Hindari makanan yang pedas dan berminyak.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Ambil protein berkualiti berasaskan tumbuhan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder untuk menguatkan otot perut dan esofagus.
  • Ambil pudina dan halia untuk melegakan ketidakselesaan penghadaman.

6. Pilih Makanan yang Sihat Ketika Sahur

Dehidrasi yang berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala. Kurangkan sakit kepala! Pastikan anda:

  • Kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang - pastikan anda bangun untuk sahur.
  • Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Hidrat dan tingkatkan tenaga dengn Performance® membekalkan gabungan unik elektrolit.
Continue Reading

Friday, April 2

Promosi Shaklee Jom Berpuasa April 2021

 

Promosi Shaklee Jom Berpuasa April 2021

Assalamualaikum wbt,


Promosi Jom Berpuasa (April 2021), Shaklee tidak pernah ketinggalan adakan promosi bulanan untuk produknya. Bulan ini, sempena menanti ketibaan bulan Ramadhan, shakle keluarkan promosi Jom Berpuasa Bersama Shaklee.


Promosi Shaklee April 2021 Jom Berpuasa Dengan Bertenaga


Promosi Jom Berpuasa Shaklee April 2021


Promosi kali ini ada beberapa produk iaitu seperti dibawah. Dengan setiap pembelian produk-produk ini 100uv dalam 1 resit, berpeluang mendapat (Purchase With Purchase ) Shaker Exclusive Shaklee dengan Harga RM 8.50 sahaja. 

Dengan pembelian produk seperti dibawah;

1. Vivix 

2. Res v

3. ESP 

4. Omega Guard 

5. Cinch Shake (3 Perisa) 

6. Cinch Tea 

7. Performance Drink (Lemon) 

8. Performance Drink orange 


Melayakkan anda membeli Shaker Shaklee dengan harga RM8.50 sahaja (Harga sebenar : RM18.75) apabila belian mencukupi 100uv. Best kan?

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan order. 
Continue Reading

Life Story

 

UJIAN ALLAH


Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni saya nak cerita tentang kehidupan, Setiap orang ada jalan cerita nya yang tersendiri. Ada yang bahagia, ada yang melalui jalan kesukaran, ubat untuk semua tu adalah SABAR.. kerana tak semua yang kita inginkan akan kita miliki. Kita hanya merancang dan sesungguhnya ALLAH jua yang menentukan .

Setiap ujian yang ALLAH berikan untuk menguji sekuat mana kecekalan hati kita,  berpegang teguh pada tali ALLAH atau terus hanyut dibuai arus. Dan ALLAH juga tak akan menguji melebihi kemampuan kita sebagai umatnya. Banyakkan bersabar dan bertawakal kepada ALLAH. 

Saya juga redha apa yang ALLAH dah aturkan untuk saya, mungkin ini bahagian saya. Kerana kita masing-masing adalah pendosa yang mencari jalan pulang kepadanya.. 

Saya doakan setiap dari kita istiqamah dan bermuhasabah diri,  semoga kita semua diberi hidayah oleh yang MAHA ESA.. Semoga setiap jalan yang kita pilih adalah jalan yang sebenar-benarnya..Puasa pun dah lama lagi.. tinggal beberapa hari je, marilah kita semua saling mendoakan antara satu sama lain. 

SELAMAT BERPUASA SEMUA..

Sampai jumpa lagi di lain masa. 

Salam sayang dari saya. 

~YOOHANIS XOXO~

Continue Reading

Thursday, April 1

Closing Day


Closing Day



Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah Ya Allah, syukur ku panjatkan padamu dengan rezeki yang engkau berikan ini.

Semoga ia suatu permulaan untuk kejayaan yang akan datang dan menjadi asbab yang membawa manfaat dan kebaikan untuk seluruh keluarga ku.

Ya Allah, dihari yang berkat ini, kurniakan kepada ku rezeki yang melimpah ruah, mencurah-curah seperti air hujan yang turun dengan lebatnya tanpa henti ya Allah. 

Doaku semoga engkau permudahkan urusan ku dunia dan akhirat..Amiiinn.

Untuk korang yang berminat nak tambah income jom join sis. boleh la klik link  bawah,semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan yang kita buat.

Salam sayang.

Untuk korang yang nk tambah income jom join saya, RM 35 je.. tak mahal pn.. boleh la klik link di bawah, lepas tu wasap saya, Nanti saya akan guide.. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1566362

www.wasap.my/0187640571



Continue Reading

Sunday, March 28

My Weekend

 

Selamat Berhujung Minggu

 Assalamualaikum semua..


Selamat berhujung minggu, time² cuti mesti banyak lakukan aktiviti bersama family kan..Semalam saya dengan family beriadah bersama.. adalah joging sikit, keluarkan peluh..hehe. Disamping dapat menjaga kesihatan dapat juga merapatkan hubungan bersama family. Al maklumlah hari biasa banyak masa dihabiskan kat tempat kerja.. 


                                            


Sebelum mulakan aktiviti saya akan ambik ESP dulu, saya selalu amalkan ESP ni pada waktu pagi ketika perut masih kosong, ia mampu kontrol perut kita daripada lapar terlalu cepat, so kita dapat 2 dalam 1..sihat dapat,kurus pun dapat..hehe.. nak dapatkan apa yang kita inginkan mesti kena konsisten dengan setiap apa yang kita buat..

Disamping kita ambik supplemen, makan kena kontrol juga, ambik makanan yang sihat dan exercise jangan lupa ya, paling kurang seminggu sekali mesti buat.. Jom kita amalkan hidup yang sihat disamping keluarga tersayang.


Sampai jumpa lagi semua,
 Salam sayang..


Continue Reading

Wednesday, March 10

CARA MAKAN PRODUK SHAKLEE DENGAN BETUL

CARA MAKAN PRODUK SHAKLEE DENGAN BETUL



ATURAN MAKAN VITAMIN SHAKLEE 

B COMPLEX
* Tahan 4bln 
✔ 1 biji sehari after breakfast

Chew VitaC
* Tahan 1bln 
✔1-2biji sehari

CAROTOMAX
* Tahan 1bln 
✔ 1 biji sehari after breakfast...
**Kalu kritikal 2 bji sehari

COLLAGEN
* Tahan 15hari-1bln
✔ 1 scht sehari / 1 scht tuk 2hari
✔ Sebaiknya diambil pd waktu mlm

VIVIX
* Tahan 1-1.5bln  
✔ Hanya 1 sudu teh sahaja 
✔ Setiap hari 
✔ Ambil waktu pagi
✔ Goncang sebelum minum 
✔ Simpan di dalam peti sejuk 

VITA LEA
* Tahan 4bln
✔ 1 biji sehari selepas lunch   

(Vitalea tidak boleh ambil bersama esp dan ostematrix / susu)

SR VitaC
* Tahan 6bln 
✔ 1 biji selepas breakfast

(Digalakkan ambil bersama vitalea krn vitamin c membolehkan penyerapan iron dlm badan secara optimum)

ZINC
* Tahan 4bln 
✔ 1 biji sebelum makan malam

OSTEMATRIX
* Tahan 1bln 
✔ 4 biji sebelum tidur

(Tidak boleh ambil bersama Vitalea krn kalsium akan menganggu penyerapan iron dlm vitalea secara optimum)

VITAMIN E
* Tahan 4bln 
✔ 1 biji sebelum tidur

ESP
* Tahan 1-1.5bln 
✔ Minum 2 kali sehari
• Selepas bangun tidur
• Sebelum tidur
(sukatan ESP =  1.5 sudu besar  dengan 200ml air sejuk, no hot water)
(ESP tidak digalakkan diambil bersama vita lea)  

ALFALFA
* Tahan 1-1.5bln
✔ maksimum 10 biji sehari, tapi lepas bersalin susu biasa banyak cukup makan 5-6 sehari
• 2 slps breakfast
• 2 slps lunch dan
• 2 slps dinner

(Selepas bersalin 2 minggu atau jika baby tiada jaundis baru boleh makan alfalfa)

LECITHIN
* Tahan 1-1.5bln
✔ Makan 6 biji sehari
• 2 biji selepas breakfast
• 2 biji selepas lunch
• 2 biji selepas dinner
ATAU
• 3 biji selepas breakfast
• 3 biji selepas lunch atau dinner

OMEGA
* Tahan 1-1.5bln
✔ Untuk ibu hamil/kanak- kanak 2 tahun ke atas makan 1 biji sehari selepas breakfast
✔ Untuk dewasa/ibu tidak hamil makan 2 biji sehari selepas breakfast    

GARLIC
* Tahan 1bln
✔ 2 biji sehari
• 1 biji selepas breakfast
• 1 biji selepas dinner

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT)
* Tahan 1bln
✔ 2 biji sehari selepas sarapan

COQ HEALTH
* Tahan 1bln
✔ 1 biji sehari selepas makan     

GLA
* Tahan 1-1.5bln
✔ Utk kesuburan mkn 2 biji sehari
✔ 1 biji selepas bangun tidur
✔ 1 biji sebelum tidur
makan pada hari pertama period sehingga hari subur iaitu kira-kira hari ke 14.

GLA
* Tahan 1-1.5bln
✔ untuk kes PERIOD TIDAK TERATUR MAKAN SETIAP HARI

(GLA tidak boleh ambil bersama Alfalfa)

CINCH
* Tahan 1-1.5bln
✔ Cinch minum 2x sbg pengganti breakfast dan dinner
✔ 200ml air dan cinch ikut kesesuaian

NUTRIFERON
* apabila perlu
✔ Buka 1 paket, curahkan ke dlm mulut
✔ Satu paket sehari atau
✔ Satu minggu sekali(1 paket) sahaja, ataupun apabila perlu.
✔ Sila mkn secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan

MEALSHAKE
* Tahan 1-1.5bln
✔ UNTUK KANAK² 2 tahun ke atas
✔ minum 2 kali sehari
✔ 1sudu teh
✔ boleh dibancuh dengan susu / milo / lain² minuman anak

MEALSHAKE
*Tahan 1-1.5bln
✔ UNTUK KANAK² 1- 2 tahun
✔ minum 1 hari sekali
✔ 1sudu teh
✔ boleh dibancuh dengan susu / milo / lain² minuman anak

MEALSHAKE
* Tahan 1-1.5bln
✔ UNTUK DEWASA
✔ minum 1 kali sehari
✔ 1 sudu besar
✔ boleh dibancuh dengan air kosong atau apa2 minuman kegemaran

HERB LAX
* Tahan 1-1.5bln
✔ Herb lax kebiasaan makan 3 x seminggu
✔ Makan 2 atau 3 biji sekali makan
✔ Tp kalau nk makan 2 biji sblm tidur pun boleh

DTX
* Tahan 1- 1.5 bln 
✔ 2-3 biji sehari
• mulakan 2 biji dahulu
• mkn slps pukul 10mlm

PEPPERMINT
* Tahan 1- 1.5 bln 
✔ 2-3 biji sehari ambil slps mkn
• larutkan 2-3 biji peppermint dlm air suam
• atau telan terus 2-3 biji pun boleh

* Vitalea tidak boleh ambil bersama esp dan ostematrix dan susu
* Vita E, GLA tidak boleh ambil bersama alfafa.

* P E N T I N G *

* PASTIKAN MINUM AIR MASAK 2.5 ATAU 3 LITER SEHARI.
* Elakkan pengambilan kafein (kopi,teh,nescafe) atau air bergas bersama supplement kerana kafein boleh menghalang penyerapan zat supplement ke dalam badan
* Jarakkan pengambilan kafein /ubat hospital / farmasi / produk² lain dengan supplement shaklee sekurang- kurangnya 3 @ 4 jam.
* Jika makan B Complex, urine akan menjadi kuning dan itu adalah normal.


Untuk pertanyaan serta order bolehlah klik link wasap saya ya.

Untuk korang yang nk tambah income jom join saya, RM 35 je.. tak mahal pn.. boleh la klik link di bawah, lepas tu wasap saya, Nanti saya akan guide.. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1566362

www.wasap.my/0187640571

Continue Reading