Friday, April 2

Life Story

 

UJIAN ALLAH


Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni saya nak cerita tentang kehidupan, Setiap orang ada jalan cerita nya yang tersendiri. Ada yang bahagia, ada yang melalui jalan kesukaran, ubat untuk semua tu adalah SABAR.. kerana tak semua yang kita inginkan akan kita miliki. Kita hanya merancang dan sesungguhnya ALLAH jua yang menentukan .

Setiap ujian yang ALLAH berikan untuk menguji sekuat mana kecekalan hati kita,  berpegang teguh pada tali ALLAH atau terus hanyut dibuai arus. Dan ALLAH juga tak akan menguji melebihi kemampuan kita sebagai umatnya. Banyakkan bersabar dan bertawakal kepada ALLAH. 

Saya juga redha apa yang ALLAH dah aturkan untuk saya, mungkin ini bahagian saya. Kerana kita masing-masing adalah pendosa yang mencari jalan pulang kepadanya.. 

Saya doakan setiap dari kita istiqamah dan bermuhasabah diri,  semoga kita semua diberi hidayah oleh yang MAHA ESA.. Semoga setiap jalan yang kita pilih adalah jalan yang sebenar-benarnya..Puasa pun dah lama lagi.. tinggal beberapa hari je, marilah kita semua saling mendoakan antara satu sama lain. 

SELAMAT BERPUASA SEMUA..

Sampai jumpa lagi di lain masa. 

Salam sayang dari saya. 

~YOOHANIS XOXO~

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas komen yang membina, semoga kita terus dalam ukhwah silaturrahim.