Saturday, December 18

Aktiviti Semasa Balik Kampung

Assalamualaikum kepada para pembaca. Hari ni saya nak ceritakan tentang aktiviti saya kat kampung. Hampir 7 bulan kami tak balik Kelantan. Kali terakhir saya balik kampung semasa kematian ayah mertua saya tu pun masa sedang PKP, so terpaksa sebelum balik tu buat surat polis dulu

Saya apply cuti seminggu juga la untuk lepaskan rindu dengan orang tua kat kampung. Bila kita berkerja dengan orang memang tak boleh cuti lama-lama . 

Alhamdulillah. Johor Bahru ke Kelantan memang perjalanan yang jauh makan masa dalam 10 jam juga. Selamat sampai ke destinasi. 


Saya bertolak pukul 2.30 petang dan sampai kampung dengan selamat nya pada pukul 1 pagi. Kebetulan juga masa tu kakak saya dari penang pun balik bercuti. Jadi terlebih meriah la waktu tu. 

Keesokkan hari kami berjalan-jalan ke pantai PCB. Dah lama benar saya tak datang ke sini, memang banyak perubahan yang berlaku kat sini. Tambahan pula dengan suasana normal baru nya. 

Kami sempat menikmati keenakan makanan kat sini. Total semua sekali masa tu termasuk 6 cup coconut shake melimpah ruah RM 75. 

Lepas tu kami berjalan lagi ke pasar Siti Khadijah. Saja tengok-tengok nak cuci mata dan cuci poket 💸. Beli apa yang patut untuk bawak balik Johor nanti.

Yang famous memang keropok ikan, dodol, budu, banyak lagi yang popular kat Kelantan ni. Bila balik kampung sememang nya saya akan jadikan sebagai buah tangan untuk kawan-kawan kat JB.

Selepas jalan-jalan semestinya perut akan lapar, so sekali lagi kami cari makan. Kali ni kami makan nasi sup, mee celup dan nasi air asam. Kalau kat JB susah nak jumpa yang sedap. 

Dah seharian kami berjalan, dah sampai masa untuk balik. Balik kampung kali ni memang amat menyeronokkan bila adik beradik satu family dapat berkumpul. InshaAllah raya puasa kita jumpa lagi. 

Saya stop kat dulu. Lain kali kita sambung lagi. Salam sayang dari saya ❤️

Bibi Yushanis 
18 Disember 2021 | Sabtu 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas komen yang membina, semoga kita terus dalam ukhwah silaturrahim.